Friday 20 May 2011

PROMOSI CALUN PRU13 DIAMPANG

Ampang sejak mula dijadikan kawasan Parlimen (termasuk Pandan yang kemudianya dipecah kawasan) diterajui oleh UMNO/BN hingga Mac 2008. Sunami politik 2008 telah mengubah senario politik bukan hanya diAmpang, tetapi negeri Selangor.
Sepatutnya diAmpang, Pakatan Rakyat tidak ada tempat walau pun dilanda sunami pada 2008. Begitupun ia turut ranap hanya kerana pilihan calun yang tidak dikehendaki pengundi dan rakyat.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, apabila angin PRU13 bertiup semakin kencang, kita sudah mula didatangi beberapa individu yang mula sibuk memperomosi diri sendiri dengan mendakwa mereka ini pilihan orang atasan dan telah dikenal pasti dan disahkan akan jadi calun.
Antara beberapa individu yang sibuk berkempen ialah Dato' Bad. Orang UMNO ramai yang kenal Atuk Bad kerana beliau sentiasa mencari peluang untuk berkenal rapat menjual minyak atarnya kepada mereka. Dengan harapan orang-orang UMNO Ampang mencium dahinya memberi restu dan mendoakan mimpinya menjadi calun menjadi kenyataan. Atuk Bad seorang melayu yang katanya pernah menjadi ketua Pemuda UMNO di bahagian Bukit Bintang, kalah dalam pertandingan merebut jawatan dibahagian tersebut, tenggelam sebelum timbul dan merayu untuk menjadi ahli diAmpang.
Dari cerita yang dimaklumkan Bukit Bintang, Atuk Bad kalah kerana integriti dan personaliti beliau dipersoalkan oleh ahli-ahli Bukit Bintang.
Atuk Bad mungkin banyak wang hasil dari projek-projek yang diperolihi dari agensi-agensi Kerajaan. Rakan kongsi dalam satu syarikat pembinaan. Menghadirkan diri dalam aktiviti-aktiviti sekitar Ampang dengan kereta besar No. 56 Kerana itu Atuk Bad berusaha memberi tahu Ampang beliau telah pun tersenarai sebagai calun. Mungkin ada benarnya kerana ada pegawai pegawai yang dilantik oleh menteri tertentu yang membantu iklan promosi Atuk Bad.
Tidak ada yang pelik kerana dikalangan orang melayu ada sebilangan kecil berfikiran pelik. PRU13 belum pun dipastikan bila, Atuk Bad sudah tersenarai jadi calun. Mereka yang memperomosi beliau tidak pun mempunyai kad kuasa melantik calun. Sebagai bekas ketua pemuda sepatutnya Atuk Bad seorang yang waras mematuhi dan menyokong aspirasi pemimpin UMNO/BN yang hanya akan memilih dan melantik calun yang dikehendaki rakyat.
Atuk Bad menggangap ahli-ahli UMNO dan pengundi Ampang berfikiran pelik seperti beliau. Kesempitan fikiranya mungkin tidak dapat menjangkau tahap penerimaan ahli-ahli UMNO dan penduduk Ampang kepada beliau. Atuk Bad juga pendek akal kerana tidak dapat membaca kerenahnya yang tidak berfaedah sedikit sebanyak menjejaskan usaha UMNO Ampang membentuk perpaduan yang jitu.
Kependekan pemikiran Atuk Bad juga tentulah tidak dapat sama sekali menerima sebarang pernyataan bahawa orang pendek akal tidak mungkin dipilih jadi calun dalam PRU13.

No comments:

Post a Comment