Wednesday 25 May 2011

ANWAR IBRAHIM - 'ketua reformasi anugerah Tuhan'

Anwar sekali lagi menyerang balas Menteri Dalam Negeri dimahkamah dan mengaitkan orang-orang lain termasuk Perdana Menteri. bukan untuk wang, tetapi sebagai saluran untuk memberi tahu rakyat Malaysia yang dianggap bebal bahawa dia bukan syaitan tetapi sebenarya manusia maksum yang selayaknya menjadi ketua dan menggerakan reformasi cara hidup baru bagi rakyat Malaysia?
Hakikatnya, pada hari ini hanya ada bebrapa kerat sahaja 'orang melayu' yang masih yakin dan percaya kepada Anwar. Selebihnya sudah mencapai tahap meluat hanya dengan mendengar namanya disebut. Tiada lagi rasa simpati atau kesian walau sebesar kuman pun samada dari aspek sesama bangsa atau ugama. Termasuk Azizah dan Nurul yang dilihat melampaui batas hingga sanggup mengenepi ugama mempertahankan 'kemaksumanya'.  Rasa meluat yang tidak tertahan ini boleh bertukar kepada rasa menyampah dengan reaksi balas dan tindakan pihak berkuasa kepada Anwar dan ahli keluarganya.
Sejak 1998, sepanjang tempuh 13 tahun dia melakukan berbagai perkara, menghuruharakan keamanan, mengkhianati Negara, bangsa dan ugama. Berbagai pendedahan telah dibuat secara terbuka oleh mereka yang menjadi pengikut rapat dan setianya. Terbukti jelas dia tidak sesekali berani mengambil apa-apa tindakan kepada Ezam, Lokman, Nalakurapan dan lain-lain yang telah mendedahkan wajah sebenarnya.

Rakyat tertanya-tanya, apakah undang-undang di Negara ini tidak cukup lengkap untuk mengambil tindakan kepada orang seperti ini? Kenapa tidak boleh diambil tindakan kepada mana-mana rakyat yang mengkhianati negara. Apa logiknya membiarkan ahli keluarga ini berkempen diluar Negara memburukan kerajaan dan negaranya sendiri? Haruskan berdiam diri jika orang ini juga digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menjahanamkan negara, bangsa dan ugama? Berapa puluh juta wang rakyat perlu dibelanjakan dimahkamah dan dijalanan dan berapa banyak lagi masa dan tenaga yang perlu diperuntukan hanya untuk melayan kerenah dia ini? Apakah tiada ruang dalam undang-undang yang ada untuk mendedah segala yang dilakukanya?
Orang Melayu Ampang dibayangi secara lansung oleh wakil-wakil pengkhianat bangsa ini. Lihalah jerit pekik Zuraidah Kamaruddin wakil Parlimen Ampang selepas mahkamah memutuskan Anwar perlu membela diri. Zuraidah menguna bahasa Tamil memaki hamun 'mahkamah anak babi, Umno Anak Babi.......dan bermacam-macam lagi. Apakah tiada peruntukan undang-undang yang boleh diambil kepada orang yang menghina keputusan mahkamah seperti ini?
Bagi orang UMNO, Melayu dan seluruh pengundi Ampang akan memberi pengajaran yang terbaik untuk Zuraidah dan Azmin dalam PRU13 yang akan datang. Pengundi Ampang merasa kesal yang tidak ada hujungnya melantik manusia seperti ini sebagai wakil mereka dalam Parlimen. Disangka efektif dan dapat memberi khidmat kepada rakyat tetapi rupanya dia hanya tahu membuat demonstrasi dan hanya pandai mengucapkan kata-kata maki hamun dimana-mana.
Orang Ampang pada masa ini bila terdengar nama ini disebut tentu saja secara otomatis membayangkan dia ini jadi gemok pendek sepertimana perkataan yang dikeluar dari mulutnya sendiri kerana terlalu banyak makan palet hasil dari infrastruktur perniagaan dan kesenangan hidup yang diperolehinya dari usaha yang dibuat oleh kerajaan UMNO/BN sejak dia lahir tetapi enggan bersyukur.
Bagi mereka yang menganuti dan menyokong PAS, apakah alasan anda memberi sokongan kepada Anwar selaras dengan kehendak Islam? Apakah takbir anda satu momokan? Atau anda sebenarnya tidak memahami Islam atau dalam sedar segaja memurtadkan perinsip perjuangan anda sendiri dan menipu diri sendiri dengan kenyataan bahawa anda mendapat sokongan dari pengundi? DiAmpang, wakil rakyat PAS diLembah Jaya eloklah memulakan langkah mengemas barang-barang yang boleh dijadikan kenangan.

No comments:

Post a Comment