Tuesday 17 May 2011

Melayu Ampang

Ampang ialah daerah yang dibangunkan sejak tahun 80an. Sekitar tahun 60an cuma Kg. Melayu dan beberapa buah penempatan kecil orang Melayu dikaki Bukit Belachan yang wujud. Selain itu sebuah kg. Baru penempatan orang Cina peninggalan sejarah hitam Negara - komunis.

Melayu Ampang hari ini adalah melayu Malaysia, dari serata pelusuk Negara yang memilih Ampang sebagai tempat bermastautin mereka. Yang berhijrah kesini sekitar tahun 60an hingga 70an merupakan golongan melayu miskin yang mendirikan kampong-kampong setinggan. Kawasan-kawasan yang kemudianya dibangunkan dengan projek-projek perumahan dihuni kebanyakanya oleh generasi baru muda keluaran institusi pengajian tinggi, yang baru bekerja dan membina kehidupan bekerluarga.
Kawasan-kawasan yang dibangunkan dengan perumahan mewah dihuni dan dimiliki melayu ahli perniagaan, berjawatan tinggi dan ada antaranya para menteri kabinet.

Kerana itu diAmpang ada pelbagai kategori Melayu dengan pelbagai latar belakang, cara dan gaya hidup serta fahaman yang berlainan. Kepelbagaian bertambah dengan kehadiran Melayu pendatang yang masih mengamal budaya dan cara hidup mereka tersendiri.

Apa pun Melayu Ampang pada keseluruhanya masih merupakan Melayu yang masih mengamal budaya Melayu, masyarakat yang bersopan, berdisiplin dan sentiasa bersedia untuk menghulur bakti dan berjuang untuk kepentingan bangsanya, ugama dan Negaranya.

No comments:

Post a Comment