Tuesday 7 June 2011

PAS DAN PENYOKONGNYA DIAMPANG

Beberapa orang pemimpin PAS menerima dan megah memakai gelaran-gelaran yang dikurniakan oleh Raja-Raja Melayu. Dato'/Dato' Sri dan lain-lain namun mereka sengaja menetapkan tarikh muktamar dan pemilihan bertepatan dengan tarikh harijadi DYMM Yang DiPertuan Agong.
Peduli apa, kerana dalam piagam pakatan rakyat Negara harus diterajui oleh Presiden. Pencapaian kearah matlamat terserlah dalam muktamar dengan pemilihan Mat Sabu sebagai timbalan presiden PAS dan kuncu-kuncu puak Erdogan.
Jika Erdogan berjaya menghapuskan sejarah dan cara pemerintahan Islam diTurki, tidak mustahil Mat Sabu bersama PR menjadi penghancur Islam diMalaysia.
Penyokong dan pengikut PAS terutamanya diAmpang kecewa melihat parti yang diharap dan digarap dapat mengambil tempat UMNO untuk orang melayu semakin jelas hilang arah dan matlamatnya. Jauh menyimpang dari apa yang diharapkan.
Dengan pemilihan Mat Sabu, semakin ketara PAS akan jadi juara parti maki hamun. Siapa yang tak pernah dengar ucapan Mat Sabu? Berpuluh tahun suaranya hanya boleh diguna pakai untuk maki hamun. Pemikiran dan ketajaman matanya hanya fokus kepada memutar belit apa yang betul menjadi tidak betul. Tiada satu pun cetusan idea kepala Mat Sabu dapat diguna pakai untuk kebaikan rakyat.
Pemilihan ini dilihat oleh Melayu Ampang luahan pemikiran pengikut PAS. Jelas pengikut PAS tidak pun memahami konsep dan perjuangan parti mereka. Jauh sekali untuk memahami aspirasi dan kehendak melayu di Malaysia.
Penyokong Pas diAmpang sudahpun ada yang mencebik muka dan berkata "Mat Sabu dalam arena politik
diMalaysia akan jadi seperti seekor bapa angsa disebuah ladang, memekak dan mengacah-ngacah tak tentu hala.Yang untung tuanya dan akhirnya dimasukan dalam kuali untuk dapat pahala?"
Penyokong dan pengikut PAS sewajarnya bermuhasabah diri. Harapan untuk melihat kononya pemimpin PAS serba boleh dan pelindung kuat kepada islam tidak lagi menjadi matlamat parti. Anda membaca doa sewaktu mula makan minta keberkatan tapi lupa semua bahan makanan yang anda telan dibayar subsidi oleh kerajaan. Anda berkempen diMasjid dan berdoa musnahkan kerajaan BN didalamnya tapi anda lupa masjid dan surau itu dibina dengan keringat kerajaan BN. Jalan-jalan yang anda lalui setiap hari dan apa saja yang anda sentuh saban hari, apakah ianya hasil usaha kerajaan PAS?
Buka minda anda untuk terima kenyataan. Tiada gunaya sikap berpura-pura. Tiada gunanya sengaja membiarkan diri kita melakukan sesuatu termasuk beribadah sedang hati kita tahu bahawa ia tidak menepati suruhan dan kehendak islam. Apa untungnya anda mentadbir masjid, membawa imam jemputan mengguna mimbar terjerit pekik menghentam kerajaan sebagai khutbah jumaatnya. Apakah anda merelakan diri anda menanggung dosa sembahyang jumaat seluruh para jumaah yang jadi tidak sempurna?
Melayu diAmpang 'melihat' ini semua dan dengan ketajaman fikiran yang diberkati, mereka dapat menimbang kefahaman politik yang mana harus mereka lindungi.